← Semua projek

FILEM & HIBURAN

Komet Productions

Ruang untuk mengetengahkan projek filem, produksi dan berita pasukan.

SYARIKAT Komet Productions Sdn Bhd
JENIS

FILEM & HIBURAN

PERANAN

Pembangunan backend & frontend

TEKNOLOGI

WordPress · Breakdance · ACF

TEMPOH

Jun–Julai 2025 · 2 bulan

Komet Productions
Paparan website
Lihat screenshot penuh Komet Productions

MASALAH ASAL

Website pertama untuk memperkenalkan karya mereka.

Komet belum pernah mempunyai website sendiri sebelum projek ini. Mereka mahukan website yang kelihatan kreatif dan mencerminkan penglibatan mereka dalam bidang seni dan penerbitan filem.

PELAKSANAAN

Daripada lakaran pelanggan kepada website yang boleh diurus.

Saya membangunkan frontend berdasarkan lakaran susun atur yang dihasilkan pelanggan. Menggunakan WordPress, Breakdance dan ACF, saya menerjemahkan arah kreatif tersebut kepada paparan website.

Saya turut mencadangkan dan membina framework backend untuk memudahkan pasukan Komet memasukkan filem terbitan mereka bersama poster, treler dan tarikh tayangan. Saya juga menambah fungsi blog dan siaran media supaya kandungan produksi serta perkembangan syarikat boleh diurus dalam website yang sama.

Frontend kreatif

Membangunkan paparan berdasarkan lakaran susun atur pelanggan.

Pengurusan filem

Menyusun rekod filem bersama poster, treler dan tarikh tayangan.

Blog & siaran media

Menyediakan ruang pengurusan kandungan editorial dan berita syarikat.

HASIL PROJEK

Identiti kreatif dengan struktur pengurusan kandungan.

Paparan utama memperlihatkan identiti kreatif Komet dan susunan kandungan produksi. Framework backend menyediakan pengurusan rekod filem, poster, treler, tarikh tayangan, blog dan siaran media.

sz-cases-komet-case-study-gallery.webp
Lawati website ↗
Kembali ke semua projek

Apa yang anda nak bina atau baiki?

Ceritakan sedikit tentang perniagaan dan keperluan anda. Jika website sedang bermasalah, sertakan pautan dan apa yang berlaku. Tak perlu tahu istilah teknikal untuk mula berbincang.

Bincang projek